Follow | Dashboard


Hey,welcome to my blog.bla bla bla

Entry | About | Board | Credit


Jaga Hati.
Pecah rekod aku update setelah beberapa bulan aku tak update. -.- Biasala. Nak buat pembaharuan sikit. Dulu kita update pasal bf2. Sekarang kita update benda2 yang selalu kita jumpa kat FB.

Nak tanya hampa laaa kan. Hampa pernah dak jaga hati orang? Mesti la semua jaga kan. Tapi, hampa dok jaga2 hati depa, depa penah dak jaga hati hampa? Haaaa. Itu salah satu topik selalu aku tengok orang dok update kat FB dan twitter.

Harus lah kita menjaga hati orang itu kerana nak elakkan pertelingkahan. Tapi, dalam2 kita jaga hati orang, depa jaga ka hati kita? Haaa, itu terselit ketidakadilan.

Dalam hidup ni, kena ada kerjasama. Kalau sorang buat kerja. yang sorang goyang kaki tak aci plak kan. Sama la dgn jaga hati tu. Kita punya la takmau bagi dia sakit hati, bagi dia happy dgn kita tapi kita makan hati sb depa tak jaga hati kita balik.

Melawak? Haaa. Itu susah gak kalau melawak dgn org yang hati tisu ni. Kita ni dah la mulut ikut dan lepas tak bagi signal apa2 dah, lepas tu si dia tu plak jenih simpan dalam hati. Nak balas balik takut terasa plak. Tambahan plak dia banyak mintak tolong kat kita tapi dia tak jaga hati kita plak. Akibat daripada simpan dalam hati, tercetus la plak "kutuk belakang".

Yang tu satu hal plak. Punya simpan dalam hati, TERkutuk belakang. Haaa. Banyak hal sungguh kan adab berkawan ni? Tapi ini la cabaran bila dah BERKAWAN. So, sesama jaga hati. Melawak berpada2. Yang penting kawan kita bahagia, kita pun bahagia. :)

Nak salah kan orang, nak nilai orang apa2 hal sekali pun, nilai diri sendiri dulu. Nasihat sesama kita. Bukan untuk aku saja, untuk hampa2 sekalian. 

Older post / Newer post